Saturday, January 7, 2012

Dengarkan

Wahai sayang...
Ingin sekali aku bermadah
meluah apa yang terpendam
 yg tersimpan di dalam dalam.

tahukah kau perasaanku kini?
menyayangimu bagai nak mati
tapi kau tak pernah ambil peduli
kerna kau tahu ku tak akan pergi...

segala kemahuanmu aku turutkan
segala permintaanmu aku tunaikan
tak pernah pula ku meminta balasan
tapi kau sendiri yang perasan

tahun demi tahun
aku setia berada disisi
menunggu suatu keajaiban
yang aku sendiri tak pasti

aku tahu dalam dirimu
juga menyayangi dan setia padaku
tapi sampai bila kita begitu
aku juga mahu seperti mereka tu..

cuma satu pintaku
jika kau amat mencintaiku
jadikahlah aku kekasih akhirmu
yang dapat ku bermegah dengan status baru..

aku tahu pintaku itu terlalu tinggi
tapi itulah satu-satunya yang ku ingini
hidup bersamamu sampai ke mati
dan bahagia hingga ke syurga nanti

luahan rasa ini
ku coret kerana ku merindui
dan berharap agar kau terbaca nanti
dan dapat menunaikan apa yang kuhajati. :)