Cinta itu suci
cinta itu indah
tanpa cinta
manusia tidak akan wujud
Bumi tak akan maju.
Tapi alangkah baiknya
jika cinta boleh diterima semua.
Cinta bukan permainan
cinta tidak seperti bola
boleh diserahkan kepada sesiapa.
Cinta tidak seperti bantal
diperlukan pada masa tertentu sahaja.
Cinta tidak seperti baju
boleh ditukar sentiasa.
Cinta adalah anugerah
yang tak ternilai
diberi Yang Maha Esa
pada hambanya iaitu KITA.
